Seni & Sukan 15 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Hanya Hulu Terengganu, daerah zon hijau di Semenanjung! Satu-satunya!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Hulu Terengganu kini tinggal satu-satunya daerah berstatus hijau di Semenanjung Malaysia bagi kes positif Covid-19 setakat 14 Mei 2021


HULU Terengganu yang terletak di negeri Terengganu kini tinggal satu-satunya daerah berstatus hijau atau tiada langsung kes Covid-19 bagi seluruh Semenanjung Malaysia setakat 14 Mei 2021.

Berdasarkan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, 15 Mei 2021, data dikongsi oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPCR), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebanyak 51,791 kes positif Covid-19 direkodkan bermula 1 Mei hingga 14 Mei 2021.

Manakala, di Sarawak kawasan berstatus hijau adalah daerah Kabong serta Telang dan di Sabah pula hanya daerah Tambunan, Kudat, Nabawan, Pilas, Tenom, Kuala Penyu, Tongod serta Telupid.

Sementara itu, Perlis Indera Kayangan menjadi satu-satunya negeri berstatus kuning dengan hanya 12 kes.

Beberapa negeri dilihat berstatus merah sepenuhnya bagi semua daerah ialah Selangor yang mendahului negeri terbanyak kes positif Covid-19, diikuti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka dan Putrajaya.

Untuk info, menurut CPCR, status meraf adalah daerah bagi daerah yang mempunyai bilangan 41 kes ke atas, manakala jingga untuk bilangan kes 21 hingga 40 kes, kuning (1-20 kes) dan hijau(tiada kes). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter



1
1
0
0
0
You will be interested