Seni & Sukan 22 Jun, 2021

Berita Terkini| Gandum naik harga? Tular cerita harga naik mulai 1 Julai! KPDNHEP nafi berita!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

 

 Gambar hiasan... KPDNHEP nafi dakwaan berhubung kenaikan harga gandum di pasaran mulai 1 Julai 2021. - Kredit foto: sususejat.com


KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menafikan dakwaan berhubung kenaikan harga tepung gandum di pasaran mulai 1 Julai 2021 ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Alexander Nanta Linggi berkata pihaknya tidak memberi kelulusan kepada mana-mana pengilang untuk menaikkan harga tepung gandum.

“Setakat ini, kementerian hanya terima satu permohonan daripada pihak pengilang untuk naikkan harga tepung gandum tanpa subsidi dalam pek 1 kilogram (kg) dan pek 25 kg.

“Bagaimanapun, berdasarkan syarat khas lesen mengilang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, semua pengilang tepung perlu dapatkan kebenaran Pengawal Bekalan sebelum naikkan harga jualan tepung gandum.

“Oleh itu, dakwaan  berhubung kenaikan harga tepung gandum mulai 1 Julai ini adalah tidak benar,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada 22 Jun 2021.

Dalam perkembangan sama, Alexander turut menafikan kenaikan harga tepung melibatkan jenis atau produk tertentu termasuk membabitkan tepung bersubsidi.

“Harga tepung gandum bersubsidi adalah masih pada harga ditetapkan kerajaan iaitu RM1.35 per paket 1kg. Mengikut rekod, terdapat 11 kilang mengeluarkan dan menjual enam jenis tepung gandum yang disubsidi oleh kerajaan,” ujarnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested