Seni & Sukan 20 Jun, 2021

Berita Terkini| Sasaran Kelantan! Selesaikan suntikan vaksin penduduk sebelum musim tengkujuh!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Kelantan dijangka selesaikan suntikan vaksinasi kepada seluruh rakyatnya sebelum banjir musim tengkujuh. - Kredit foto: AFP


SUNTIKAN vaksin Covid-19 bagi seluruh rakyat di Kelantan dijangka dapat diselesaikan menjelang akhir Oktober 2021 nanti sebelum berlakunya bencana banjir pada musim tengkujuh.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata ia perlu disegerakan kerana dibimbangi ramai rakyat akan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan musim banjir yang melanda negeri itu saban tahun.

“Apabila musim tengkujuh nanti kita khuatir, ramai yang terpaksa berpindah ke PPS akibat banjir sedangkan vaksin belum habis lagi, sekali gus undang masalah kepada proses vaksinasi.

“Jadi kita jangka suntikan vaksin ini selesai sebelum tengkujuh. Kita utamakan warga emas serta mereka yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan akan dimulakan Julai  2021.

“Jangkaan itu dapat direalisasikan menerusi program Outreach Vaksinasi dengan kerjasama pejabat jajahan, Parlimen dan pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun),” katanya dipetik oleh laporan Berita Harian, 20 Jun 2021.

Tambah beliau, susulan bekalan sebanyak 550,000 dos vaksin akan dibekalkan kerajaan kepada Kelantan pada Julai 2021 ini ia proses vaksinasi diharapkan dapat diselesaikan segera kerana punyai fasiliti dan sumber manusia yang mencukupi.  - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested