Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Berita Terkini| Pencapaian calon SPM 2020 meningkat! GPN 4.80! Terbaik dalam tempoh lima tahun!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

GPN bagi SPM 2020 adalah pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun bermula tahun 2016


KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan hari ini, Khamis 10 Jun 2021 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.80 berbanding 4.86 pada tahun 2019.

GPN berkenaan sekali gus menunjukkan pencapaian calon SPM 2020 meningkat berbanding tahun sebelumnya kerana nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata analisis tersebut berdasarkan calon yang mendaftar kali pertama sekurang-kurangnya enam mata pelajaran dan menduduki sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

“Calon boleh semak keputusan masing-masing secara dalam talian atau kiriman mesej ringkas (SMS) pada 10 Jun 2021. Slip keputusan rasmi boleh dimuat turun pada 14 Jun (2021) ini dan bermula 10 Julai 2021 pula sijil SPM akan diedar secara berperingkat-peringkat.

“Tren GPN bagi tahun 2016 hingga 2020 mencatatkan pencapaian SPM 2020 adalah terbaik dalam tempoh lima tahun meskipun peperiksaan dilaksanakan dalam keadaan cukup berbeza ekoran wabak pandemik Covid-19,” katanya. 

Beliau berkata demikian sewaktu sidang media keputusan SPM tahun 2020 pada 10 Jun 2021 yang turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Tambah beliau, jumlah calon berdaftar  SPM 2021 adalah seramai 401,105 orang yang menduduki peperiksaan berkenaan di 3,310 pusat peperiksaan seluruh negara. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested