Seni & Sukan 20 Jun, 2021

Berita Terkini| Suntikan vaksin Covid-19 untuk pelarian! Suhakam minta disenaraikan dalam PICK!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Tanggal 20 Jun setiap tahun adalah Hari Pelarian Sedunia.  -Kredit foto: AFP


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) meminta kerajaan turut senaraikan pelarian di negara ini sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19 dalam Program Imuniasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Memetik laporan Harian Metro pada 20 Jun 2021, Suhakam menerusi satu kenyataan turut berharap kerajaan dapat sediakan tempat yang selamat untuk golongan tersebut terima suntikan vaksin.

“Kerajaan diharap dapat tegakkan prinsip tiada sesiapa yang ketinggalan dengan memastikan pelarian di negara ini juga dimasukkan ke dalam PICK sebagai usaha tangani pandemik Covid-19.

“Hari Pelarian Sedunia diraikan 20 Jun setiap tahun sebagai penghormatan kepada kekuatan serta keberanian mereka yang terpaksa tinggalkan negara asal untuk selamatkan diri daripada konflik atau penganiayaan.

“Oleh itu, Suhakam meminta semua mendukung tema 'Together we heal, learn and shine' yang mengingatkan bahawa dunia tidak akan dapat atasi Covid-19 jika pelarian atau sesiapa jua diabaikan kerana tiada siapa yang selamat sehingga semuanya selamat,” katanya.

Selain itu, Suhakam juga menyeru rakyat Malaysia memahami situasi buruk dihadapi  pelarian di negara asal hingga terpaksa cari pelindungan di negara ini dan seharusnya komuniti pelarian di negara ini dilayan dengan bermaruah serta mendapat keperluan asas mereka. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
2
You will be interested