Seni & Sukan 24 Apr, 2021

Berita Terkini| Penutupan sekolah di 7 daerah PKP di Kelantan dilanjutkan! Hingga 1 Mei 2021!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Sekolah-sekolah di daerah dikenakan PKP di Kelantan mula ditutup 18 April 2021 lalu dan kini penutupannya dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021.


PENUTUPAN semua sekolah di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan dilanjutkan selama seminggu lagi sehingga 1 Mei 2021 depan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Zulkernai Fauzi berkata cadangan pelanjutan penutupan sekolah itu diputuskan selepas Mesyuarat Penyelarasan Khas Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN)  pada 21 April lalu.

“Jabatan Pendidikan Negeri telah memutuskan agar tempoh penutupan semua sekolah di daerah yang berada dalam daerah PKP dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021. 

“Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hendaklah diteruskan dan murid yang berada di asrama pula perlu terus kekal di asrama masing- masing,” katanya dipetik oleh Kosmo, 24 April 2021. 

Sebelum ini, semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di tujuh daerah di Kelantan yang dikenakan PKP ditutup selama seminggu bermula pada 18 April sehingga 24 April 2021. 

Tujuh daerah terlibat PKP ialah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Bachok dan Pasir Puteh, manakala sekolah di tiga daerah iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang masih beroperasi seperti biasa. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
2
0
0
You will be interested