Gambar yang tular dalam media sosial memperlihatkan seorang anggota polis trafik tidak memakai pelitup muka.
SEORANG anggota polis trafik membuat laporan polis berhubung penularan gambarnya yang
memperlihatkan dia tidak memakai pelitup muka ketika bertugas di Jalan Tuanku
Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, laporan dibuat oleh anggota tersebut kerana tindakan individu mengambil serta muat naik gambar dalam media sosial dilihat cuba menjatuhkan maruahnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Gambar diambil sewaktu anggota terbabit selesai berbuka puasa bersama lima rakan sekerja lain di bawah sebuah khemah di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Esfahan sekitar jam 8 malam, 28 April 2021.
“Ketika itu beliau berjalan menuju ke motosikal untuk teruskan tugasan sebelum memakai semula pelitup muka serta topi keledar. Beliau bertugas mengawal lalu lintas di sekitar jalan tersebut dan Lorong Tunku Abdul Rahman 7 bermula jam 1 petang hingga 10 malam.
"Ekoran penularan gambar berkenaan, anggota terlibat tampil membuat laporan polis kerana tindakan individu yang mengambil gambar dan memuat naik dalam media sosial dilihat cuba menjatuhkan maruahnya dan pihak PDRM,” kata Zulkefly dipetik oleh Harian Metro, 30 April 2021.
Tambah
Zulkefly, orang ramai yang punyai
sebarang pertanyaan atau maklumat berhubung perkara itu boleh hubungi Balai
Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee menerusi talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala
Lumpur melalui talian 03-21159999 atau mana- mana balai polis berhampiran. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter