Seni & Sukan 24 Apr, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Jumpa anak di asrama punca penularan di sekolah! Ibu bapa langgar SOP

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Tindakan segelintir ibu bapa bergejala bertemu dengan anak mereka di asrama merupakan punca penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar di Baling. - Kredit foto: Berita Harian


KEDATANGAN ibu bapa bergelaja ke sekolah berjumpa anak mereka di asrama termasuk bagi tujuan menghantar makanan merupakan antara punca penularan virus Covid-19 dalam kalangan pelajar di Baling, Kedah.  

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, terdapat segelintir ibu bapa atau penjaga melanggar prosedur operasi standard (SOP) telah ditetapkan sehingga menyebabkan tercetusnya penularan virus berkenaan. 

“Pihak sekolah dan jabatan pendidikan negeri sebelum ini telah pun menetapkan SOP bertujuan bagi menghalang ahli keluarga atau penjaga pelajar memasuki kawasan sekolah. Namun, pelanggaran SOP tersebut oleh ibu bapa didapati masih berlaku. 

“Terdapat ibu bapa pelajar terlibat yang menjalani ujian saringan Covid-19 selepas itu disahkan positif. Pada masa sama, ujian saringan ke atas anak-anak mereka di asrama pula didapati turut positif bersama rakan-rakan lain,” katanya dipetik oleh Utusan Malaysia, 24 April 2021. 

Katanya lagi, amalan menghantar makanan kepada anak-anak sebagaimana kebiasaan sebelum ini tidak bersesuaian dibuat dalam normal baharu sekarang dan ibu bapa tidak perlu risau kerana asrama sememangnya menyediakan makanan buat pelajar. 

Sementara itu, untuk info beberapa buah sekolah di Baling, Kulim serta Alor Setar kini berdepan ancaman Covid-19 melibatkan para pelajar dan keadaan itu turut menyebabkan dua sekolah di Baling iaitu Maktab Mahmud dan Sekolah Menengah Kebangsaan Baling, ditutup  pada 18 April dan 22 April 2021 lalu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
0
3
0
0
You will be interested