Seni & Sukan 14 Apr, 2021

Berita Terkini| Amaran hujan lebat, angin kencang, ribut petir di Kedah! Dijangka sehingga Mei

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Kedah kini mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir 


NEGERI Kedah dijangka mengalami hujan lebat, angin kencang dan ribut petir sehingga Mei 2021 ekoran monsun peralihan yang berlaku sejak bulan Mac 2021 lalu.

Pengarah Jabatan Meteorologi Kedah, Muhammad Khalil Abd Aziz berkata hujan lebat dijangka berlaku setiap petang dan akan berlanjutan sehingga ke malam selain perubahan cuaca kini juga menyebabkan keadaan angin sentiasa berubah-ubah.

“Kita tidak menolak kemungkinan juga boleh berlaku fenomena belalai air di laut dan belalai darat di kawasan lapang di daratan.

“Dalam tempoh seminggu ini, turut dijangkakan akan berlaku pergerakan angin dari arah Laut Andaman iaitu dari Barat Laut yang akan membentuk garis badai di Selat Melaka. Keadaan ini  akan menyebabkan cuaca di negeri ini lembab serta berlaku juga hujan di sebelah pagi.

“Orang ramai termasuk nelayan di laut diingatkan agar peka dengan perkembangan cuaca serta berhati-hati ketika berdepan cuaca hujan lebat, angin kencang dan ribut petir ketika ini,” katanya dipetik dari Harian Metro, pada 14 April 2021.

Ujar beliau lagi, pihaknya juga menasihatkan masyarakat supaya waspada dan hadkan pergerakan aktiviti sekiranya perubahan cuaca berlaku. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested