Seni & Sukan 05 Jan, 2022

Keluarga Malaysia: SKM gerakkan bantuan pascabanjir! Fasa ke-3! Santuni mangsa, ringankan beban!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this


USAI menyantuni mangsa banjir di beberapa buah negeri melalui fasa 1 dan fasa 2 sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Gerakan Koperasi Malaysia terus turun padang bagi fasa ketiga membantu mereka yang terkesan. 

Program Tanggunjawab Sosial Korporat (CSR) Bantuan Banjir Fasa Ketiga berkenaan melibatkan empat kawasan iaitu Lanchang, Pahang; Hulu Langat dan Kuala Selangor, Selangor; serta Jelebu, Negeri Sembilan. 

Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM, Rusli Jaafar yang mengetuai fasa ketiga misi pascabanjir berkenaan berkata, bantuan itu kesinambungan fasa pertama dan kedua telah berjaya dilaksanakan sejurus selepas banjir melanda di beberapa buah negeri terlibat.  


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan koperasi


Rusli Jaafar melepaskan konvoi bantuan banjir Fasa Ketiga, Program Tanggungjawab Sosial Korporat SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia di Menara SKM, Kuala Lumpur. 


Menurutnya, fasa tersebut tertumpu kepada penyampaian bantuan kewangan melibatkan institusi-institusi pendidikan seperti pusat-pusat tahfiz dan sekolah pondok yang terjejas. 

"Bagi fasa pertama dan fasa kedua sebelum ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja penyampaian bantuan makanan serta pembersihan kediaman anggota-anggota koperasi yang terkesan. 

"Menerusi fasa ketiga ini sebanyak RM45,000 hasil sumbangan SKM bersama Gerakan Koperasi Malaysia berjaya dikumpul bagi biayai bantuan dalam bentuk sumbangan tunai, dapur gas, toto, barangan keperluan asas, makanan dan pakaian untuk diagihkan kepada mangsa. 

"Ini termasuk sumbangan tunai  RM25,000 kepada enam pusat tahfiz seperti Pusat Tahfiz Darul Faizin, Maahad Tahfiz An-Nisa, Maahad Tahfiz Al-Quran Qiraat Yayasan Sofa serta Pondok Tahfiz Haji Ahmad," katanya. 




Sementara itu, untuk info Misi Bantuan Prihatin SKM dan Gerakan Koperasi Malaysia disempurnakan pelepasannya oleh Rusli di Menara SKM, Kuala Lumpur. 

Seramai 40 anggota sukarelawan terdiri daripada kakitangan SKM serta enam buah koperasi  terlibat dalam misi fasa ketiga berkenaan. 

Antaranya ialah Koperasi Pelaburan Kakitangan Bank Muamalat Malaysia Berhad (Koputra), Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) dan Koperasi Kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas)

Selain itu, Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holdings Malaysia Berhad (Kobimbing), Koperasi Ladang Berhad, Koperasi PEKAP Kuala Lumpur Berhad, Koperasi Kebuniti Selangor Berhad dan Koperasi Chef Malaysia Berhad juga turut terlibat. - KitaReporters 


10
11
0
10
0
You will be interested