Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan rasa kekecewaan baginda terhadap kewujudan golongan antivaksin.
Setiausaha Politik Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda bertitah kewujudan golongan berkenaan dilihat mampu mempengaruhi rakyat di negeri berkenaan.
“Baginda berharap rakyat Selangor tidak mudah terpengaruh dengan pemahaman terpesong pihak terlibat dalam perkara berkaitan pemberian vaksin Covid-19. Sultan Sharafuddin percaya suntikan vaksin mampu selamatkan nyawa individu dan sesebuah komuniti.
“Baginda juga bimbang jika masih ada individu atau kumpulan berdegil untuk menerima vaksin Covid-19 yang boleh menyebabkan sasaran capai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini tidak tercapai,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh Sinar Harian, 8 Jun 2021.
Mohamad Munir turut memaklumkan, Sultan Sharafuddin turut terkejut apabila Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) memaklumkan sehingga 1 Jun 2021, Selangor hanya menerima 615,20 dos vaksin dan bukannya 2.9 juta dos seperti didakwa sebelum ini.
Beliau menambah,
Sultan Sharafuddin berharap Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin
(JKJABV) dapat percepatkan dan menambah
bilangan dos vaksin berkenaan untuk rakyat Selangor. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter