Seni & Sukan 06 Jun, 2021

Berita Terkini| Wujud kluster pengurusan kematian orang bukan Islam! Sabah keluarkan SOP khusus!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... SOP  khusus berhubung pengurusan kematian dan penghormatan terakhir buat orang bukan Islam ketika PKP dikeluarkan oleh kerajaan Sabah. - Kredit foto: muis.org.my 


Kerajaan Sabah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) khusus berhubung pengurusan kematian dan penghormatan terakhir buat orang bukan Islam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ketika ini.

Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata garis panduan itu dilaksanakan ekoran wujudnya Kluster Pulutan di Nabawan yang dikesan berpunca daripada majlis penghormatan terakhir.

"Kluster tersebut rekodkan peningkatan kes jangkitan tinggi di lokaliti tersebut. Kejadian seumpama ini insiden kedua selepas Kluster Sinsingon di Nabawan dilaporkan  22 Februari 2021.

“Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Covid-19 memutuskan untuk keluarkan SOP khusus bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang,” katanya menerusi satu kenyataan yang disiarkan oleh Harian Metro, 6 Jun 2021.

Tambah beliau, antara perincian SOP khusus tersebut ialah sesi penghormatan terakhir iaitu semasa si mati di rumah kediaman sebelum pengebumian adalah tidak melebihi tiga hari dan waktu dibenarkan bermula 6 pagi sehingga 6 petang sahaja.

Katanya lagi, tempoh masa melawat dan beri penghormatan terakhir di kediaman si mati tidak melebihi lima minit selain tidak dibenarkan perkongsian peralatan makan dan minum serta kelengkapan upacara keagamaan.

Masidi turut maklumkan aktiviti keagamaan untuk si mati di dalam rumah hanya dibenarkan bermula 7 malam sehingga 9 malam sahaja dengan tidak melebihi 10 hari serta hanya dibenarkan untuk ahli keluarga sahaja. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested