Seni & Sukan 29 May, 2021

Berita Terkini| Balik raya: Covid-19 ‘meledak’ di Hulu Terengganu! 5 kluster raya, 124 kes aktif!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Lima sekatan jalan raya (SJR) dan empat laluan tikus ditutup di Mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 29 Mei 2021


DAERAH Hulu Terengganu yang pernah berstatus satu-satunya zon hijau di Semenanjung bertukar merah gara-gara kluster raya yang kini telah ‘menyumbang’ 124 kes aktif melalui lima kluster yang telah dikenal pasti.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, kluster raya akibat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini dengan balik kampung serta ziarah raya kini mula menunjukkan kesannya di daerah Hulu Terengganu.

“Daerah yang dahulunya berstatus hijau sekelip mata menjadi merah. Sekarang ini bukan mukim Kuala Berang sahaja ada kluster tetapi Hulu Telemong dan Tanggol juga dilanda badai Covid-19. Jika pelanggaran SOP berterusan, akan hadapi kluster lebih besar.

“Kluster terbaharu di Mukim Telemong, ada sejarah balik beraya dalam kedaan bergejala dari Melaka hingga menyebabkan 10 pekerja di satu pejabat disahkan positif. Kontak rapat kini sedang dikesan.

“Ada juga kes sejarah balik kampung dari Johor Baharu dua hari sebelum raya kemudian ziarah raya, akhirnya 24 orang disahkan positif. Kes merebak ke pasar hingga empat pekerja am turut disahkan positif,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya, 29 Mei 2021.

Tambah beliau, terdapat juga kluster di taman perumahan yang balik beraya di Bentong dan beraya dengan jiran setaman sehingga akhirnya enam disahkan positif manakala kontak rapat menjangkau ratusan orang.

“Terdapat seorang individu balik dari Johor Bahru untuk berkahwin namun pada masa sama melakukan ziarah raya dengan keluarga terdekat dan akhirnya lima disahkan positif.

"Kes yang berlaku di Mukim Tanggol pula membabitkan 14 orang ziarah ahli keluarga meninggal dunia di daerah Marang. Tanpa disedari, ada kes positif dan akhirnya 14 orang disahkan positif. Semuanya terdedah dan ditakuti berlaku jangkitan secara meluas tanpa sedar,” ujarnya.

Katanya lagi, gara-gara segelintir individu melanggar SOP hanya disebabkan ingin beraya bersama keluarga, kes penularan Covid-19 semakin menganas di daerah Hulu Terengganu. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
0
0
0
0
You will be interested