Gambar hiasan... Penutupan SAKJ di empat daerah di Johor bagi tempoh berbeza-beza
SEBANYAK 10 buah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) di empat daerah di Johor telah diarahkan tutup bagi tempoh berbeza-beza bermula 18 April hingga 3 Mei 2021 ekoran terdapatnya penyebaran virus Covid-19.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, arahan penutupan itu melibatkan sekolah di Johor Bahru, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai.
"SAKJ Tambatan Tinggi di Johor Bahru telahpun ditutup bermula 18 April baru-baru ini sehingga 27 April (2021) nanti. Selain itu, SAKJ Teriang dan SAKJ Tan Sri Abd Kadir yang terletak dalam mukim Triang di Mersing ditutup dari 20 April hingga 3 Mei (2021) ini.
"Bagi SAKJ Semanyir, SAKJ Belukar Juling, SAKJ Bandar Endau dan SAKJ Pusat Air Tawar dalam mukim Endau, Mersing ditutup mulai dari 20 April hingga 3 Mei 2021 akan datang ini," katanya dipetik Sinar Harian, 22 April 2021.
Tambah beliau, SAKJ Taman Sri Saujana di Kota Tinggi ditutup bermula 18 hingga 28 April 2021 ini.
Manakala SAKJ Taman Kota Kulai 2
(18 hingga 24 April) dan SAKJ Taman Muhibah ditutup 20 April hingga 27 April 2021 ini dan kedua-dua sekolah agama berkenaan berada dalam daerah Kulai, ujarnya. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter