Seni & Sukan 21 May, 2021

Berita Terkini| Penggunaan katil ICU seluruh negara kini 83%! Tiada lagi zon hijau di Semenanjung

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan… Penggunaan katil ICU hospital seluruh negara capai tahap 83 peratus. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


KADAR penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 secara keseluruhan bagi seluruh negara kini telah mencapai 83 peratus pada 20 Mei 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Facebooknya, 21 Mei 2021 memaklumkan sistem kesihatan negara sedang hadapi tekanan amat besar dan memerlukan bantuan masyarakat untuk putuskan rantaian jangkitan Covid-19.

“Lakukanlah kawalan pergerakan kendiri dengan kekal duduk di rumah. Sekiranya terdapat urusan penting di luar, pastikan patuh kepada prosedur operasi standard (SOP).

“Majikan pula diseru agar memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah  (BDR/WFH) serta hadkan bilangan pekerja yang hadir ke pejabat pada satu-satu masa,” katanya.

Dalam satu hantaran menerusi Facebooknya juga, beliau memaklumkan situasi semasa daerah-daerah di Malaysia berdasarkan pergerakan 14 hari taburan kes Covid-19 setakat 19 Mei 2021 yakni hampir seluruh daerah di Semenanjung dalah kini dalam zon merah.

Katanya, hanya tujuh daerah  zon kuning iaitu Hulu Terengganu, Kemaman, Cameron Higlands, Mersing, Perak Tengah, Sik dan Gua Musang, manakala tiada lagi zon hijau di Semenanjung. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested