Seni & Sukan 11 Jul, 2020

Selepas Agong, Dr. Noor Hisham pula! Lihat mural wira negara

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

MURAL gergasi hasil tangan anak muda dari Terengganu yang terletak di Cahaya Alam Seksyen U12, Shah Alam kini semakin mendapat sambut dan menjadi tumpuan orang ramai.  Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melawat mural gergasi termasuk potret baginda. : KitaReporters

Kredit foto: FB https://www.facebook.com/IstanaNegaraOfficial


Dalam kunjungan tersebut, baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, bersama anakanda-anakanda Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Mural berkenaan adalah hasil tangan pelukis muda kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali bersama dua lagi sahabatnya, Muhamad Firdaus Nordin, 26; dan Abdul Hadi Ramli, 27

(Terbaik Suhaimi Ali! Mural wira COVID-19 tanda penghargaan!)


Hari ini, Sabtu, 11 Julai 2020, giliran Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah pula berpeluang meluangkan masa mengunjungi lokasi ‘memorial’ berkenaan.

Menerusi Facebook peribadi, Dr. Noor Hisham berkata beliau berkesempatan singgah melihat potretnya sendiri di kawasan bakal menjadi tumpuan ramai.

BANGGA... DR. Noor Hisham Abdullah segak berdiri di sebelah potret gergasi hasil pelukis muda berkat di Cahaya Alam, di sini baru-baru ini. - Kredit foto: FB Noor Hisham Abdullah.


“Saya berada di sini (U12 Shah Alam) pagi ini dan saya dapat merasai semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia,” kongsinya menerusi status Facebooknya.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pelukis berbakat kerana memiliki kemahiran luar biasa.

DITERUSKAN... kerja-kerja menyiapkan mural gergasi yang menampilkan wajah beberapa pemimpin utama masih dijalankan dengan penuh cermat.


“Saya mahu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelukis berbakat yang cemerlang dengan kemahiran serta karya seni mereka yang luar biasa. 

"Ia menunjukkan bahawa setiap orang ada peranannya masing-masing ketika krisis pandemik ini dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini,” katanya.

Beliau juga sempat merakam foto kenangan di tepi mural gergasi berkenaan.

Wahh..segaknya tuan Doktor!

Terima Kasih ... jasamu terlalu banyak buat kami rakyat Malaysia.


Mural gergasi berkenaan turut menampilkan beberapa wajah lain selain dirinya sendiri termasuk Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah serta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mural tiga ‘hero’ negara itu dilukis bertujuan sebgai tanda menghargai jasa dan keprihatinan mereka sebagai wira negara dalam menghadapi pandemik COVID-19.

Terima kasih dan tahniah karya hebat ini. Bangga menjadi anak Malaysia. - KitaReporters

 

13
1
0
2
1
You will be interested