
Gambar hiasan... Individu berusia bawah usia12 tahun di Terengganu tidak lagi dibenarkan ke bazar Ramadan
KERAJAAN Negeri Terengganu tidak lagi membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun berkunjung ke bazar Ramadan di negeri berkenaan bagi memastikan tahap pematuhan SOP yang tinggi untuk elak penularan Covid-19.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, larangan tersebut hasil keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri Khas (Pengurusan Darurat dan Pendemik) Negeri Terengganu (JKKKN) pada 20 April 2021.
“Mesyuarat telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun mengunjungi bazar Ramadan. Larangan ini sebagai penambahbaikan pematuhan SOP di setiap bazar Ramadan di Terengganu.
"Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula disarankan mewujudkan sistem nombor giliran bagi mengurangkan kesesakan pengunjung dalam satu-satu masa di kawasan bazar," katanya dipetik Sinar Harian, 22 April 2021.
Tambah beliau, PBT juga diminta membuat hebahan SOP di kawasan masing-masing bagi memastikan maklumat sampai kepada rakyat. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
