Gaya Hidup 19 May, 2021

Berita Terkini| Mufti Perak dijangkiti Covid-19! Masih dirawat di HRPB Ipoh! Doakan kesembuhan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh setelah didapati positif Covid-19. -  Kredit foto: emily2u.com


MUFTI Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria kini masih dalam rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh setelah disahkan positif Covid-19.

Memetik laporan Berita Harian, 19 Mei 2021, perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang turut meminta agar semua pihak mendoakan kesembuhan Harussani.

“Tan Sri (Harussani) masih menerima rawatan di HRPB, kita mohon doa dari semua. Saya hanya boleh sahkan beliau masih dirawat di hospital.

“Berhubung (dakwaan) beliau memerlukan bantuan oksigen dan sebagainya, perkara ini perlu dirujuk kepada ahli keluarganya," katanya.

Tular dalam aplikasi WhatsApp memaklumkan Harussani berada di hospital setelah disahkan positif Covid-19 sejak 11 Mei 2021 lalu dan berita turut mengatakan beliau yang masih sedar memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim, melalui hantaran dalam Facebook beliau, 12 Mei 2021 lalu turut memuat naik mengenai keadaan Harussani.

"Saya mendapat maklumat Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak Darul Ridzuan dan isteri beliau positif COVID-19, sedang menerima rawatan di Hospital Permaisuri Raja Bainun Ipoh,” tulisnya. KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
2
0
0
You will be interested

Piala Emas Raja-raja kembali! Capai ulang tahun 100 tahun pada 2022! Piala Agong pembuka tirai!

Piala Malaysia yang masuki 100 tahun penganjuran pertandingannya, kejohanan bola sepak, Piala Emas Raja-raja turut akan cecah angka usia itu pada tahun 2022 ini

ABK21: Arif Aiman Pemain Paling Bernilai! Bojan Hodak Jurulatih Terbaik! JDT Pasukan Terbaik!

Arif Aiman Hanapi cipta sejarah dinobatkan Pemain Paling Bernilai (MVP), Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2021
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Apabila otai panggil! Haiwan ternakan terus berkumpul, masuk reban! Otai masih berbisa!

Pada awalnya, ayam, angsa, itik tak endahkan arahan seorang budak lelaki tapi setelah 'otai' datang, kesemua haiwan berkenaan terus berkumpul dan masuk ke reban
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 1 day ago

Fusser, Junaidy, Nurul Ain, Nur Akmal terbaik! Pengadil & Penolong 2021! Si Baju Hitam dihargai!

Mohd Fusser Mad Sallih, Mohd Junaidy Abd Samad muncul Pengadil Bola Sepak Terbaik Kebangsaan, Penolong Pengadil Bola Sepak Terbaik Kebangsaan 2021 anjuran FAM
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Macam nak tercabut pinggul! Fazley belajar gelek dangdut! Agar tak tersingkir dari GV8!

Untuk episod ketiga GV8, Fazley Yaakob diberikan lagu berjudul Yang Sedang-Sedang Saja. Selain perlu menyanyi secara dangdut, dia juga belajar berjoget dangdut
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago