Gambar hiasan... PPV akan dibuka besar-besaran secara berperingkat-peringkat di Selangor pada minggu kedua Jun 2021. - Kredit foto: Bernama
PUSAT Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka besar-besaran dan secara berperingkat-peringkat di Selangor yang dijadualkan bermula minggu kedua bulan Jun 2021.
Memetik
laporan Sinar Harian, 31 Mei 2021 perkara itu dinyatakan menerusi satu
kenyataan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri
Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
“Perbincangaan di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) (di Kuala Lumpur) tentang cara meningkatkan kadar vaksinasi di Selangor, bersetuju tingkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dengan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF).
“Tujuannya bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok. Perbincangan juga menyentuh isu pendaftaran vaksin AstraZeneca baru-baru ini.
“Individu yang terkesan akibat penggantian janji temu AstraZeneca dan tidak bersetuju dengan perkara itu akan diberikan tarikh janji temu baharu,” kata kenyataan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Selangor memaklumkan turut laksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah program 'outreach' Imunisasi Covid-19 Selangor (Imunisel) bagi golongan tanpa akses digital mendaftar vaksin secara ‘offline’.
Bagaimanapun, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin berkenaan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter