Seni & Sukan 02 Jun, 2021

Berita Terkini| Tabung Covid-19 Pulau Pinang! Exco negeri sumbang gaji sebulan! Tanda solidariti

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan sumbang gaji sebulan pada Jun 2021 kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang. - Kredit foto: amanz.my


SEMUA barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbangkan gaji sebulan mereka pada bulan Jun 2021 untuk disalurkan ke dalam Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan dibuat sewaktu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada hari ini, Rabu 2 Jun 2021 itu sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di negeri berkenaan.

“Persidangan MMK telah memutuskan untuk gaji barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang pada Jun ini disumbangkan sepenuhnya  kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

"Hasil sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhannya.

“Sumbangan seumpama ini adalah kali kedua selepas kali pertama diputuskan pada tahun lalu, telah dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 dikuatkuasakan pada Mac 2020,” katanya menerusi satu kenyataan pada 2 Jun 2021.

Terdahulu pada 31 Mei 2021, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan semua menteri dan timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021 bagi disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana untuk biayai perbelanjaan berkaitan Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested