Gaya Hidup 18 Jun, 2021

Berita Terkini| Pesara guru ditahan polis bersama isteri, anak! Pistol, peluru hidup ditemukan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Pistol yang ditemui polis di belakang rumah didiami pesara guru bersama isteri dan anaknya di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan. Kredit foto: Ihsan PDRM


SEORANG pesara guru berusia 68 tahun ditahan oleh polis bersama isteri dan seorang anak lelakinya susulan penemuan sepucuk pistol di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata tiga beranak tersebut ditahan dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam, 17 Jun 2021 oleh anggota Task Force dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

“Warga emas berkenaan ditahan bersama isteri berusia 61 tahun dan anaknya, 34, ekoran polis menemui sepucuk pistol jenis Revolver warna perak dan lima butir peluru hidup di bahagian belakang rumah mereka.

“Pistol, peluru serta komponen senjata api tersebut disorokkan di dalam pasu bertutup dengan plastik kuning di belakang rumah. Suspek utama dalam kejadian ini ialah anak mereka dan berkemungkinan besar kes ini tidak melibatkan pesara guru serta isterinya.

“Bapa suspek utama juga nafi pistol serta peluru terbabit miliknya dan tidak tahu ia ada dalam pasu tersebut, namun polis terpaksa tahan dan bawa suami isteri ini ke IPD Pasir Mas untuk bantu siasatan,” katanya dipetik  laporan Harian Metro pada 18 Jun 2021.

Tambah beliau, anak lelaki pasangan tersebut menjalankan perniagaan rokok, beras serta pakaian seludup dan hasil semakan didapati ada 17 rekod lampau babitkan kes penyalahgunaan dadah, curi kenderaan, cabul serta langgar prosedur operasi standard.

Katanya lagi, polis turut merampas tiga telefon bimbit serta dua kenderaan jenis Suzuki Swift serta Volkswagen Golf dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

You will be interested

Penduduk Terengganu bimbang! Rentas negeri balik raya di kampung! Kes COVID-19 meningkat kembali!

Penduduk Terengganu resah, bimbang kemungkinan kes wabak COVID-19 kembali meningkat, menular lebih luas jika ramai perantau di Lembah Klang kembali di kampung

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 6 days ago

Video| Selepas Yuna, giliran Layla Sania pula! Hiasi papan iklan digital Times Square, New York!

Layla Sania bukan sahaja cipta nama di Cina tetapi lebih banggakan wajahnya terpampang pada papan iklan digital di Times Square, New York seperti dialami Yuna
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Apabila jiran sepakat bawa berkat! Gerobok Makanan Taman Danau Kota meriah dan terus bertahan!

Gerobok Makanan Taman Danau Kota di Setapak, Kuala Lumpur bukan sahaja terus bertahan beri sumbangan kepada yang memerlukan tapi terus terima pelbagai sumbangan
Ahmad Abd Hamid in Gaya Hidup 2 days ago

Video| Masya Masyitah pelapis Shila Amzah! Harumkan Malaysia di China! Kini ada single Mandarin!

Dulu, Shila Amzah sebagai antara satu-satunya penyanyi popular berkebolehan nyanyi dalam bahasa Cina, kini muncul Juara Yippi Star Quest 2020, Masya Masyitah
Fariza Saidin in Gaya Hidup 4 days ago

Ayuh Malaysia! Berlari, berkayuh maya dengan SAM! Jom sokong atlet Sukan Olimpik Tokyo kita!

Sempena Sukan Olimpik Tokyo 2020, SAM ambil inisiatif anjurkan 'SAM Virtual Run & Ride' (Larian dan Kayuhan Maya SAM) sebagai tanda sokongan kepada atlet negara
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 4 days ago