Seni & Sukan 10 May, 2021

Berita Terkini| Hantar baju, kuih raya! Alasan rentas daerah, negeri! Polis arah patah balik!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Pelbagai alasan diberikan pengguna jalan raya ketika melalui sekatan jalan raya termasuk hantar baju dan kuih raya. - Kredit foto: FB Polis Daerah Petaling Jaya


"HANTAR baju dan kuih raya." Itu antara alasan tidak munasabah diberikan pengguna jalan raya yang dikesan polis di Petaling Jaya, Selangor untuk membolehkan mereka merentas daerah serta negeri tanpa surat kebenaran.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata individu terlibat telah diarahkan untuk berpatah balik dan sekiranya ingkar tindakan kompaun akan dikenakan serta-merta tanpa kompromi.

“Kami telah mulakan sekatan jalan raya ini sejak 9 Mei 2021 dan mendapati setakat ini masih ramai pengguna jalan raya yang berdegil untuk merentas negeri dengan tujuan tidak sepatutnya. Mereka diarahkan untuk berpatah balik.

“Antara alasan diberikan pengguna jalan raya ialah seperti hantar baju ke rumah kawan, hantar biskut raya, beli barang dan bawa keluarga untuk beli belah di kawasan Shah Alam,” katanya dipetik oleh Bernama, 10 Mei 2021.

Tambah Mohamad Fakhrudin, bagi melancarkan pergerakan lalu lintas waktu hari bekerja, pihaknya akan membuka laluan tambahan namun pemeriksaan ketat tetap dijalankan seperti biasa.

Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan agar patuhi segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam usaha sama-sama memutuskan rangkaian pandemic Covid-19. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

1
0
0
0
0
You will be interested