Gaya Hidup 22 Jun, 2021

Berita Terkini| Isteri maut terjatuh dari tingkat 7 apartmen! Dikatakan alami tekanan perasaan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Mangsa yang dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh apartmen disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. - Kredit foto:  The Star


SEORANG wanita berusia 56 tahun yang mengalami masalah tekanan perasaan maut setelah dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Cheras, Kuala Lumpur.

Memetik laporan Harian Metro 22 Jun 2021, mangsa ditemukan oleh orang awam dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di lantai tingkat satu ruang penyidai pakaian pada petang 21 Jun 2021.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 4.34 petang daripada orang awam dan bergegas ke lokasi.

"Hasil soal siasat dengan suami mangsa memaklumkan isterinya itu ada menerima rawatan sakit mental di sebuah klinik pakar  terletak di kawasan Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur.

“Kejadian disyaki berpunca daripada tekanan perasaan dialami mangsa sejak Januari (2021) lalu. Pegawai perubatan yang hadir di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, siasatan lanjut akan diteruskan," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

3
1
2
0
0
You will be interested

Covid-19 tak jejaskan usaha teroka pasaran produk Klappers! Kelab usahawan bantu pulihkan bisnes!

Pengasas Klappers Muziana Mohamaed @ Jee susun strategi, perkemas semula kedudukan ejen dan lancarkan produk itu dalam bungkusan baharu selepas wabak Covid-19

Dulu UPSR, kini PKSK! Ibu bapa gusar peluang anak ke SBP, SMKA! Guru berpengalaman sedia bantu!

Sejak UPSR dimansuhkan, PKSK jadi kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Ramai ibu bapa bimbang dengan pendidikan anak-anak ekoran tempoh PKP dilaksanakan
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 12 hours ago

Surat beri semangat Hrithik Roshan kepada Aryan Khan! Anak SRK ditahan sebab salah guna dadah!

Penahanan Aryan Khan, anak sulung Shah Rukh Khan kerana salah guna dadah mengejutkan ramai pihak dan ramai yang bersimpati terhadap SRK termasuk Hrithik Roshan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Zul Ariffin enggan jaja kisah peribadi termasuk isterinya! Tidak terpengaruh Penunggang Agama!

Tak mahu kongsi banyak perihal peribadinya, lebih-lebih lagi soal berhijrah mahu pun mengenai pasangan hidupnya. Tidak mudah terpengaruh dengan penunggang agama
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Terbaiklah RTM! Tonjolkan program nilai-nilai murni! Menerusi tiga program khas Maulidur Rasul!

SEMPENA sambutan Maulidur Rasul, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terkecuali menyusun program terbaik menerusi TV1 mulai 18 Oktober hingga 21 Oktober 2021.
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago