Seni & Sukan 10 Jun, 2021

Berita Terkini| Program vaksinasi dibantu 15,000 sukarelawan! Pelbagai agensi di bawah KPWKM!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Sukarelawan agensi di bawah KPWKM akan digerakkan membantu lancarkan lagi proses pemberian vaksin di seluruh negara. - Kredit foto: FB Ustaz Maliaman Kassim-Official


SERAMAI 15,000 sukarelawan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan digerakkan bagi membantu melancarkan lagi proses pemberian vaksin di seluruh negara. 

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata sukarelawan terlibat terdiri daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Khidmat Bantu di Rumah JKM, Skuad Waja, Skuad Prihatin Negara, serta Jabatan Pembangunan Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara.

"Sukarelawan ini akan diatur gerak bagi membantu terutama kumpulan sasar yang memerlukan bantuan fizikal seperti Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas terlantar. 

"Gerak kerja tugasan sukarelawan ini meliputi membantu proses pemberian vaksin kepada kumpulan sasaran KPWKM, promosikan pendaftaran dan menyebarkan maklumat sahih berhubung kebaikan vaksin Covid-19," katanya menerusi satu kenyataan pada 10 Jun 2021. 

Dalam perkembangan lain, Rina berharap masyarakat menjadi 'mata dan telinga' kerajaan dengan melaporkan kes memerlukan bantuan segera seperti warga emas serta OKU berseorangan atau terlantar kepada saluran bersesuaian. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested