Seni & Sukan 02 Jun, 2021

Berita Terkini| Lubang bagi halang lorong tikus ditimbus! Polis kecewa tindakan individu degil!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Polis akan menggali semula lubang di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh, Gua Musang yang telah ditimbus individu tidak bertanggungjawab. - Kredit foto: Harian Metro


POLIS Gua Musang mengesan satu daripada enam lubang di lorong tikus yang digali bagi halang individu rentas negeri dalam usaha kekang penularan Covid-19 ditimbus oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata pihaknya kecewa dengan tindakan yang dikesan berlaku di lorong tikus di Kampung Tanah Puteh itu.

“Sebelum ini pihak polis terpaksa ambil tindakan menggali lubang sebelum Aidilfitri di lorong-lorong tikus susulan ada individu cuba elak sekatan jalan raya (SJR). Namun kini, kita telah kesan terdapat satu lubang telah ditimbus semula.

“Tindakan tersebut dilakukan bagi elak SJR  di jalan Gua Musang-Kuala Lipis. Ada juga penghadang konkrit di lorong tikus turut dipecahkan.

"Tindakan polis menggali lubang tanah dan meletak penghadang konkrit serta besi itu sebagai usaha terakhir bagi halang orang ramai guna lorong tikus bagi merentas negeri. Malangnya, ada individu menimbuskannya semula,” katanya dipetik  oleh laporan Harian Metro 2 Jun 2021.

Tambah beliau, polis akan menggali semula lubang yang ditimbus tersebut bagi memastikan tiada ruang rentas negeri tanpa kebenaran dapat dilakukan oleh orang awam.

Katanya lagi, polis memberi amaran terhadap sesiapa yang berbuat demikian dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya dikesan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
1
0
0
0
You will be interested