
KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah membuat permohonan agar petugas media turut diberi keutamaan bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Fasa Kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata pengamal media perlu disegerakan juga mendapat suntikan berkenaan kerana mereka juga dianggap sebagai petugas barisan hadapan dan juga berisiko.
“Saya juga turut menangguhkan pengambilan vaksin untuk bersama-sama petugas media mendapatkannya, tunggu giliran sama-sama.
"Maknanya bila saya dapat, media pun dapatlah (menerusi) fasa dua PICK,” katanya yang dipetik laporan Berita Harian, 18 April 2021.
PICK bagi fasa kedua melibatkan pemberian vaksin kepada golongan warga emas dan kumpulan rentan dijadualkan bermula 19 April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter
