Seni & Sukan 18 May, 2025

Tahniah Saniy, Afini, Majlis Belia Daerah Yan! Ungguli Anugerah Perdana Belia Negara Kedah 2025!

@mohd nawawi rusli
Berkemahiran dalam mereka bentuk poster, akhbar dan menulis dalam penerbitan universiti dan kini telah bersara.

Share this

Ketua Pengarah JBS (empat dari kanan) bergambar dengan pemenang individu kategori lelaki.


Muhammad Saniy Samsudin dari Kubang Pasu dan Nur Afini Rusli dari Kuala Muda masing-masing dinobatkan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki dan Individu Wanita dalam Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Kedah 2025.

Majlis penyampaian anugerah ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Malaysia, Azura Abidin dengan kehadiran Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Abdul Gafar Yahaya. 

Timbalan Pengarah JBS Kedah, Mohammad Suhaimi Md Saad dan Presiden Majlis Belia Negeri (MBN) Kedah Mohd Amir Murshidi Dato' Haji Samsuddin turut hadir. Majlis ini juga dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kedah.


Muhammad Saniy Samsudin menerima hadiah daripada Azura Abidin (kanan).

Nur Afini Rusli (ABIM Kuala Muda) - Johan Kategori Individu Wanita (kanan sekali).


Muhammad Saniy, yang mewakili daerah Kubang Pasu, menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000, cek contoh, trofi, dan sijil penghargaan sebagai Johan Kategori Individu Lelaki. 

Sementara itu, Nur Afini yang mewakili daerah Kuala Muda turut membawa pulang wang tunai RM3,000, cek contoh, trofi, dan sijil penghargaan sebagai Johan Kategori Individu Wanita.

Tempat kedua bagi Kategori Individu Lelaki dimenangi Muhamad Farhat bin Mohd Pisal dari Kuala Muda, yang menerima hadiah RM1,500, cek contoh, trofi, dan sijil, manakala tempat ketiga disandang oleh Muhammad Syafiq Salizam dari Kulim dengan hadiah RM500, cek contoh, trofi, dan sijil. 

Bagi Kategori Individu Wanita, Naib Johan disandang oleh Nur Imanah Idrus dari Kota Setar, dengan hadiah RM1,500, cek contoh, trofi, dan sijil, manakala tempat ketiga dimenangi Nur Afiqah Mahmud dari Baling, yang turut menerima RM500, cek contoh, trofi, dan sijil.


Saniy Samsudin sekeluarga bersama Timbalan Pengarah JBS Kedah serta Pegawai Belia Sukan Kubang Pasu.


Majlis Belia Daerah Yan muncul sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia, menerima wang tunai RM10,000, cek contoh, trofi, dan sijil. 


Sementara itu, Majlis Belia Daerah Yan muncul sebagai Johan Kategori Pertubuhan Belia, menerima wang tunai RM10,000, cek contoh, trofi, dan sijil. 

Tempat kedua dalam kategori ini dimenangi Gerakan Belia 4B Malaysia Cawangan Bongor Baru dari Kuala Muda, yang membawa pulang RM5,000, cek contoh, trofi, dan sijil, manakala tempat ketiga disandang oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Muda dengan hadiah RM3,000, cek contoh, trofi, dan sijil.

Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf usaha dan sumbangan belia dalam pelbagai bidang, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan untuk melahirkan belia berdaya saing dan berwawasan tinggi. - KitaReporters


Saniy sekeluarga bersama Pegawai Belia Sukan negeri Kedah.


Barisan penerima Anugerah Belia Perdana Negara peringkat negeri Kedah 2025.

10
11
0
8
0
You will be interested