Seni & Sukan 12 Jun, 2021

Berita Terkini| Kes hina institusi diraja meningkat! KDN pantau dan akan ambil tindakan tegas!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Penghinaan terhadap institusi diraja adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang 


KES membabitkan penghinaan terhadap institusi diraja dilaporkan meningkat di negara ini sejak kebelakangan ini.

Memetik laporan Sinar Harian, 12 Jun 2021, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

"Kementerian Dalam Negeri memantau perkara tersebut untuk diambil tindakan tegas," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata permit pergerakan bagi pekerja sektor perlu ekonomi yang tamat pada 14 Jun 2021 masih diterima oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga sekatan pergerakan penuh  berakhir pada 28 Jun 2021.

Tambah Hamzah lagi, PDRM telah keluarkan sebanyak 9,808 kompaun dan menahan 542 individu atas pelbagai kesalahan langgar prosedur operasi standar (SOP) bagi tempoh 1 Jun hingga 11 Jun 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
1
0
0
1
You will be interested