Seni & Sukan 23 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Katil wad ICU HRPZ II hampir penuh! Hospital medan tentera diperlukan

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Penggunaan katil Covid-19 di wad ICU, HRPZ II Kota Bharu berada pada tahap 90 hingga 95 peratus penggunaan. - Kredit foto: FB Kementerian Kesihatan Malaysia


KESEMUA 42 katil yang dikhususkan untuk pesakit Covid-19 di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu hampir penuh susulan peningkatan mendadak kes Covid-19 di Kelantan.

Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kelantan, Dr Mohd Azman Yacob kepada pemberita seperti dilaporkan oleh Sinar Harian, 23 Mei 2021.

Menurutnya, setiap hari kapasiti katil Covid-19 di wad ICU hospital berkenaan berada pada tahap 90 hingga 95 peratus penggunaan bagi merawat pesakit Covid-19.

“Pernah satu masa semua 42 katil di wad penuh dan ia sekali gus menunjukkan serangan pandemik Covid-19 di negeri ini membimbangkan. Kini, hanya ada tiga buah katil yang kosong bagi menempatkan pesakit tahap empat dan lima Covid-19 di wad ICU HRPZ II.

“Sekiranya kes terus meningkat tidak mustahil Kelantan terpaksa membuka hospital medan bagi menempatkan ICU dengan bantuan tentera,” katanya.

Tambah beliau, golongan yang punyai simptom Covid-19 perlu segera hadir untuk menjalani ujian saringan dan seluruh masyarakat disaran agar terus patuh dan amalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi putuskan rantaian pandemik. -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


1
1
1
0
0
You will be interested