Seni & Sukan 16 Jul, 2020

Mira Filzah akui dirinya tunang orang! Majlis nikah Okt ini?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PERKAHWINAN selebriti Mira Filzah, 27, dengan lelaki pilihannya Wan Emir Astar, seorang arkitek yang mempunyai perniagaan sendiri pada bulan Oktober 2020 hampir menjadi kenyataan. Walaupun tidak menyatakan tarikh tetap penikahan itu, namun Mira Filzah menyatakan dirinya sekarang tunang orang dan sedang membuat persiapan hari berbahagianya. : KitaReporters

Mira Filzah mengaku sudah bertunang dengan Wan Emir Astar

Perkara ini diucap Mira dalam sidang media Nurflix TV dI Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada Khamis, 16 Julai 2020. 

Hos rancangan ‘Nona’ TV3 ini enggan memberi maklumat lanjut dan berjanji akan memanggil pihak media apabila hari berbahagia itu hampir tiba. 

Katanya, urusan majlis pernikahan sudah lebih 50 peratus siap dan diserahkan kepada pihak tertentu untuk menguruskannya.

Mira Filzah akan umum tarikh perkahwinan apabila hari bahagia semakin dekat. - Kredit foto: IG @mirafilzah

"Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. 

"Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media. 

"Insya-Allah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya," ujar Mira Filzah atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dalam sidang media itu.

Tidak lama dahulu, adik Mira, Aina Fadhilah menggunakan perkataan ‘abang ipar’ ketika memberi ucapan hari lahir buat Wan Emir. 


Pada masa yang sama, jejaka tersebut turut memuat naik satu perkongsian berserta gambar tangan seorang wanita dengan cincin pada jari manis telah mengundang tanda tanya netizen. 

Bukan itu sahaja, nama ibunya dan Mira Filzah juga turut disertakan pada foto tersebut. 

Wan Emir turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua terutama ibu dan Allahyarham bapanya atas segala kebaikan, pengalaman dan memori yang diberikan selama ini. 

Wan Emir merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.  

Bapanya pula ialah Allahyarham Datuk Wan Muhammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar.  

    Wan Emir dan ibunya, Datin Wan Mastura. - Kredit foto: IG wanemirastar


    Wan Emir dan Mira merupakan kawan sejak kecil, namun terpisah apabila Wan Emir melanjut pelajaran ke luar negara.

    Hubungan mereka kembali rapat beberapa tahun lalu dan kedua-duanya dikata sudah bertunang pada September tahun 2019 lalu dan pernah kelihatan muncul berdua dalam resepsi perkahwinan artis Farah Nabila. - KitaReporters

    7
    3
    1
    2
    1
    You will be interested