Santai 13 Mar, 2020

[VIDEO] IG KISAH CINTA WAN EMIR, MIRA FILZAH

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
SELEBRITI Mira Filzah selama ini membuat orang ramai berteka-teki siapakah bakal pasangan hidupnya. Bintang berusia 26 tahun dengan nama lengkap Nur Amirah Filzah Badioezaman itu cuma mengatakan sedang mengenali seseorang secara lebih dekat. : KitaReporters

Wan Emir dan Mira berKawan sejak di bangku sekolah lagi. - Sumber foto: Myartis.com


Namun setelah beberapa waktu menjadi tanda-tanya, akhirnya lelaki yang dikatakan sedang menjalin hubungan cinta mendedahkan kedekatan mereka dalam salah satu Instagramnya.

Wan Emir Astar, 30, memuatkan sejumlah gambar, video  dan posting Mira Filzah dalam Instagramnya @emirastar2020 (https://www.instagram.com/emirastar2020/).

Turut dimuatkan beberapa gambar ketika kecil hingga remaja kedua-duanya.

Difahamkan, Wan Emir dan Mira adalah teman rapat ketika belajar.

Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas Wan Emir melanjutkan pelajaran di luar negara dan beberapa tahun lalu kembali rapat.

Wan Emir dan Mira muncul bersama dalam satu majlis resepsi perkahwinan Februari 2020. - Kredit foto: Myartis.com.

Menurut sumber, Mira sudah dirisik dan perkahwinan mungkin berlangsung hujung tahun ini.

Mira selain sibuk berlakon, menguruskan perniagaan juga menjadi hos tetap bagi program TV3, Nona.

Mira semakin popular setelah menjadi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019.

Mira turut dicalon dalam Anugerah meleTOP 2020, Astro.

Antara gambar Wan Emir ketika kecil dan remaja yang dimuatkan dalam Instragramnya #wanemirastar





30
3
1
1
2
You will be interested

SAH!! MAJLIS NIKAH DI DEPAN RUMAH TOK KADI

Tular dalam media sosial, satu majlis pernikahan yang diadakan di pekarangan rumah tok kadi dalam keadaan mengamalkan ‘social distancing’ kerana COVID-19

Yati Yazid in Santai 4 years ago

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

Program #StayAtHome With Warner Music akan disiarkanbermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun media sosial Instagram Warner Music Malaysia
Fariza Saidin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago