Santai 21 Mar, 2020

MAI-MAI!! JOM BORAK DENGAN ARTIS WARNER

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

DALAM usaha menggalakkan orang ramai duduk di rumah setelah Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa, syarikat Warner Music Malaysia memperkenalkan program "#StayAtHome With Warner Music" yang merupakan satu persembahan secara langsung atau live dalam media sosial dan Instagram 'Live'. : KitaReporters


Program tersebut akan disiarkan dalam platform media sosial bermula pukul 8.30 malam hari Sabtu, 21 Mac 2020 melalui akaun Instagram Warner Music Malaysia Domestik (@warnermusicmy).

Program secara langsung berkenaan akan menyiarkan artis Malaysia dan juga artis antarabangsa yang bernaung di bawah Warner Music. 

Bersiaran selama 2 jam, program  merangkumi 'live chat' dan persembahan yang bakal disertai barisan artis tempatan seperti Aizat Amdan, Kufaimars, Bunga, Kaka Azraff dan Layla Sania, manakal artis antarabangsa yang bakal muncul dalam sesi #StayAtHome With Warner Music' adalah JC Stewart & Griff.



Bertujuan untuk menghiburkan rakyat Malaysia dengan persembahan dan sesi 'berborak secara langsung' ketika berada di rumah, penonton bukan sahaja dapat berhibur tetapi berpeluang memenangi cenderahati dan juga bakal mengenali dengan lebih rapat artis yang baru menyertai industri ini. 

“Bagi saya, di mana lagi yang kita akan berasa selesa untuk menikmati persembahan live jika bukan di bilik atau ruang kita sendiri kan? 

"Artis kita sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada projek ini yang akan dijalankan ketika dunia menghadapi pandemik COVID-19. 

"Kami berharap agar usaha ini akan menceriakan rakyat dengan cara menunjukkan bakat-bakat yang ada di Malaysia.

"Dan kami amat teruja apabila ada antara artis antarabangsa yang ingin melibatkan diri dalam projek ini. Ia amat bermakna untuk semua” ujar Shah Shamshiri, Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia dalam satu kenyataan. 

“Teknologi sudah bertambah maju dan ini membuktikan artis Malaysia boleh berganding bahu dengan artis antarabangsa melalui teknologi,”  ujar Yee Lisan, Ketua Bahagian International Warner Music Malaysia.

“Dengan COVID-19 yang merebak ke seluruh dunia, kami berharap agar artis kami dapat menjadi inspirasi untuk rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," tambah Lisan.

Jadi apa kata tunggu malam 21 Mac 2020 ya... dan buka Instagram @warnermusicmy dan mula berhibur sambil berborak. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested

COVID-19: IBU BAPA PELAJAR UUM USAH BIMBANG

IBU bapa pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dinasihatkan jangan bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka yang tidak pulang ke kampung halaman

Nur Sabrina Samsudin in Santai 4 years ago

RAMAI CERAI SELEPAS KENA KUARANTIN! PULAK?

TINGGAL bersama untuk waktu yang lama rupanya tidak semestinya semakin mengeratkan hubungan pasangan suami isteri, malah boleh juga meruntuhkan rumah tangga
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TERBAIKLAH KHAI! HERO BEBAS DADAH PBB!!

Khairudin Aziz terpilih sebagai penerima Anugerah Drug Free Hero (Hero Bebas Dadah) pada Persidangan Antarabangsa Anti Dadah anjuran PBB di Amerika Syarikat
Wan Noor Hayati Wan Alias (Allahyarham) in Santai 4 years ago

CINTA BOLLYWOOD: RANBIR KHIANATI DEEPIKA

Pelakon Bollywood, Deepika Padukone mendedahkan dalam satu wawancara bagaimana cinta sucinya dinodai dua kali oleh kekasihnya sendiri, aktor Ranbir Kapoor
Ahmad Abd Hamid in Santai 4 years ago

TAHNIAH DEJA MOSS!! UMUM SAH KAHWIN LAIN

Sharifah Hadijah Wan Moss @ Deja Moss mengumumkan dalam Facebook dia sudah berkahwin pada tahun lalu. Deja Moss memilih Maher Khani sebagai teman hidup
Kartini Mohd Noor in Santai 4 years ago