Seni & Sukan 07 Jan, 2022

Bantuan Banjir Keluarga Malaysia! E-rebat RM500 bagi mangsa banjir! Beli 15 peralatan elektrik!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this



MANGSA-MANGSA banjir boleh menggunakan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang disalurkan oleh kerajaan dalam bentuk e-rebat bernilai RM500 bermula hari ini, Jumaat, 7 Januari 2022 bagi membeli 15 peralatan elektrik domestik yang tersenarai.

Meskipun pembelian peralatan-peralatan berkenaan tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga namun perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik dan pengguna digalakkan membeli barangan punyai label.


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Keluarga Malaysia


TAKIYUDDIN HASSAN. 



Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata bantuan bentuk e-rebat itu bagi meringankan beban kewangan mangsa banjir yang terkesan untuk membuat pembelian peralatan elektrik baharu bagi menggantikan barangan mereka yang rosak.

“Bantuan khas ini khusus untuk warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pengguna atau pemilik akaun elektrik (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik, rumah kediaman terkesan oleh banjir dan tersenarai sebagai mangsa bencana yang disahkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)," katanya katanya menerusi satu kenyataan media bertarikh Jumaat, 7 Januari 2022.

Beliau menambah, pelaksanaannya akan menggunakan platform dan mekanisme Program Sustainability Achieved Via Energy Efficiency (SAVE) yang diselaraskan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA Malaysia).  




“Melalui bantuan ini, setiap rumah kediaman pengguna atau pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) yang layak boleh memohon dan mendapatkan e-rebat bernilai RM500 semasa membuat pembelian sama ada secara fizikal di kedai serta pasar raya berdaftar atau di platform e-dagang diiktiraf di bawah Program SAVE.

“Pemberian bantuan ini hanya untuk 15 peralatan elektrik domestik yang disenaraikan, tidak terikat kepada syarat label cekap tenaga dan perlu mematuhi piawaian keselamatan elektrik,” jelasnya.

Sementara itu, untuk maklumat lanjut pemohon boleh merujuk ke laman sesawang di pautan  http:/www.seda.gov.my/bantuan. -KitaReporters


11
16
0
14
0
You will be interested