Gaya Hidup 19 May, 2021

Berita Terkini| Laluan keluar masuk Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup 2 minggu! Hingga 1 Jun!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Info grafik pemberitahuan penutupan sementara laluan keluar masuk Plaza Tol Alor Setar (Selatan). - Kredit foto: FB PLUS Malaysia


LALUAN masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan ditutup sementara selama dua minggu bermula 19 Mei 2021 susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh daerah Kota Setar, Kedah.

PLUS Malaysia Berhad dalam satu hantaran dalam akaun rasmi Facebook pada lewat malam, 18 Mei 2021 memaklumkan semua pengguna lebuh raya boleh menggunakan laluan di Plaza Tol Alor Setar Utara (ASU) bagi tujuan masuk dan keluar dari Alor Setar.

“Selaras dengan pelaksanaan PKPD di 28 mukim di Kota Setar, Kedah yang diumumkan pihak kerajaan, laluan masuk dan keluar di Plaza Tol Alor Setar Selatan (ALS) ditutup sementara bermula 19 Mei 20219 (12.01 tengah malam) sehingga 1 Jun 2021(11.59 malam).

“Kerjasama semua pihak amatlah dihargai dan pandu berhati-hati.  Jaga kesihatan dan keselamatan diri serta keluarga sentiasa,” maklum kenyataan itu.

Pada 17 Mei 2021, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan  PKPD dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar bermula 19 Mei 2021 susulan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Selain Kota Setar, beberapa lokaliti di Bandar Darulaman dan Kampung Lubuk Kawah di daerah Kubang Pasu turut dikenakan PKPD hingga 31 Mei ini. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Takut kena saman? Cuba ini! Wanita guna coli, seluar dalam tutup nombor plat motosikal!

Gara-gara takut kena tindakan atas kesalahan trafik, seorang penunggang motosikal tutup nombor plat gunakan coli warna kelabu, seluar dalam warna merah jambu

Video| Syabas Ayez Shaukat-Fonseka! Ahli gusti Malaysia muncul di TV Amerika! Reality of Wrestling!

Ayez Shaukat-Fonseka Farid berada di Texas, Amerika Syarikat untuk terbabit dalam 6 episod rancangan Reality of Wrestling bagi tayangan di televisyen negara itu
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Puteri Sarah vs Ira Kazar! Saman selepas 4 tahun diam diri, pulang umrah, solat istikarah!

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akhirnya ambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar sebagai orang ketiga yang ganggu rumah tangga dan kehidupannya
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago

Tolong kami! Bantu Ooi Eow Jin! Perlu rawatan Alzheimer! Anak hidapi tumor otak! Positif Covid-19!

Sebak hati tatkala menatap foto Ooi Eow Jin, 84, dan anaknya, Raymond Ooi, 57. Eow Jin hidap Alzheimer, manakala Raymond hidap tumor otak. Kini positif Covid-19
Khadijah Ibrahim in Gaya Hidup 1 day ago