Seni & Sukan 21 May, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Masjid di Pahang diarah baca Qunut Nazilah, solat hajat! Setiap Jumaat!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Masjid di Pahang diarah baca Qunut Nazilah pada solat Jumaat bagi memohon agar lindungi daripada Covid-19. - Kredit foto: Ahmad Sanusi Husain.com


SEMUA masjid di seluruh  negeri Pahang diarah membaca Qunut Nazilah pada solat Jumaat secara berterusan bagi memohon perlindungan daripada Allah SWT agar melindungi penduduk negeri berkenaan daripada wabak Covid-19.

Memetik laporan Bernama, 21 Mei 2021, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Datuk Dr Zulkifle Ali menerusi kenyataan berkata perkara itu telah mendapat perkenan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilaksanakan.

“Masjid di seluruh Pahang diarah membaca Qunut Nazilah pada Jumaat.

"Pemangku Raja Pahang juga menitahkan agar semua masjid dan surau di negeri ini turut laksanakan solat sunat hajat, bacaan Yasin, tahlil dan zikir serta doa selepas solat maghrib setiap malam Jumaat," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested