Gaya Hidup 20 Jun, 2021

Berita Terkini| Pulau Langkawi dibuka Nov 2021! Perlu capai sasaran imuniti kelompok dahulu!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

 

Pulau Langkawi di Kedah akan dibuka semula kepada pelancong menjelang Nov 2021 jika mencapai imuniti kelompok suntikan vaksin. - Kredit foto: langkawi.info.com


KERAJAAN negeri Kedah berhasrat membuka kembali sektor pelancongan domestik terutama di Pulau Langkawi menjelang November 2021 jika sasaran imuniti kelompok penerima vaksin dicapai.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan negeri Kedah, Mohd Firdaus Ahmad berkata pembukaan semula industri berkenaan mampu mengimbangi kerugian, sekali gus tingkatkan semula pendapatan mereka yang terjejas.

“Populasi penduduk Langkawi ialah 111,500 orang dengan jumlah yang layak dan sudah mendaftar bagi mendapatkan vaksin adalah seramai 76,400 orang.

“Jadi, bagi mencapai tahap imuniti kelompok mengikut sasaran pada September 2021 ia memerlukan sekurang-kurangnya 30,530 orang jumlah penduduk yang disuntik vaksin Covid-19.

“Keadaan itu dapat meyakinkan orang ramai khususnya pelancong yang sudah divaksin untuk berkunjung ke Pulau Langkawi,” katanya yang dipetik daripada laporan Harian Metro pada 20 Jun 2021.

Tambah beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuah, semua pihak diharap dapat sama-sama berjuang ke arah matlamat itu, mendaftar segera bagi dapatkan vaksin serta sentiasa pastuhi prosedur operasi standard (SOP).

Katanya lagi, Kedah akan berikan kerjasama penuh kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi pastikan lebih ramai penduduk dan mereka yang telibat  dalam industri pelancongan di Langkawi menerima vaksin. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested

Covid-19 tak jejaskan usaha teroka pasaran produk Klappers! Kelab usahawan bantu pulihkan bisnes!

Pengasas Klappers Muziana Mohamaed @ Jee susun strategi, perkemas semula kedudukan ejen dan lancarkan produk itu dalam bungkusan baharu selepas wabak Covid-19

Dulu UPSR, kini PKSK! Ibu bapa gusar peluang anak ke SBP, SMKA! Guru berpengalaman sedia bantu!

Sejak UPSR dimansuhkan, PKSK jadi kaedah pentaksiran standard secara berpusat. Ramai ibu bapa bimbang dengan pendidikan anak-anak ekoran tempoh PKP dilaksanakan
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 13 hours ago

Surat beri semangat Hrithik Roshan kepada Aryan Khan! Anak SRK ditahan sebab salah guna dadah!

Penahanan Aryan Khan, anak sulung Shah Rukh Khan kerana salah guna dadah mengejutkan ramai pihak dan ramai yang bersimpati terhadap SRK termasuk Hrithik Roshan
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Zul Ariffin enggan jaja kisah peribadi termasuk isterinya! Tidak terpengaruh Penunggang Agama!

Tak mahu kongsi banyak perihal peribadinya, lebih-lebih lagi soal berhijrah mahu pun mengenai pasangan hidupnya. Tidak mudah terpengaruh dengan penunggang agama
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago

Terbaiklah RTM! Tonjolkan program nilai-nilai murni! Menerusi tiga program khas Maulidur Rasul!

SEMPENA sambutan Maulidur Rasul, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tidak terkecuali menyusun program terbaik menerusi TV1 mulai 18 Oktober hingga 21 Oktober 2021.
Fariza Saidin in Gaya Hidup 2 days ago