Seni & Sukan 04 Jun, 2021

Berita Terkini| 12 penghantar makanan e-hailing dikompaun! Langgar SOP dalam tempoh dua hari!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Orang ramai dinasihatkan patuhi SOP bagi elakkan diri daripada dikenakan kompaun. 


SERAMAI 12 penghantar makanan e-hailing (e-panggilan) di daerah Sentul, Kuala Lumpur dikompaun dalam tempoh dua hari ekoran melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata penghantar makanan tersebut didapati melakukan kesalahan secara berkumpulan dengan tidak menjaga penjarakan fizikal pada 1 dan 2 Jun 2021.

“Lapan kompaun dikeluarkan di sebuah taman permainan di Taman Segambut, Sentul pada 10.25 pagi, 1 Jun 2021 manakala empat lagi bertempat di sebuah warung kosong yang tidak beroperasi di tepi jalan Batu 3, Jalan Ipoh pada 2 Jun 2021.

“Semua penghantar makanan berkenaan diberi nasihat supaya mematuhi SOP PKP, namun tidak diendahkan. Polis perlu ambil tindakan tegas dalam penguatkuasaan undang-undang mengikut Akta 342 bagi putuskan rantaian penularan Covid-19.

“Orang ramai sekali lagi dinasihatkan agar sentiasa patuhi SOP PKP dengan tidak berkumpul sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan perlu sentiasa pakai pelitup muka,” katanya menerusi satu kenyataan pada 4 Jun 2021.

Tambah beliau, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung pelanggaran SOP PKP boleh hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi talian 03-4042206. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

3
0
2
2
0
You will be interested