Seni & Sukan 26 Apr, 2021

Berita Terkini| Jurulatih futsal cabul remaja di dalam kereta? Suspek ditahan untuk siasatan!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Kejadian berlaku di dalam sebuah kereta di hadapan farmasi. - Kredit foto: Utusan Borneo


POLIS menahan seorang jurulatih futsal bagi membantu siasatan berhubung kejadian cabul seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta di Puchong, Selangor pada 3 Mac 2021.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, lelaki berusia 33 tahun itu telah ditahan kira-kira jam 9.30 malam, pada 24 April 2021 dan polis turut merampas sebuah Perodua Aruz milik suspek.

"Dalam kejadian lebih kurang 10 malam,  3 Mac (2021) lalu, selepas selesai latihan futsal mangsa telah mengikut suspek membeli ubat di kedai farmasi di sebuah stesen minyak di Puchong.

"Sewaktu berada di dalam kereta hadapan kedai farmasi tersebut, mangsa meminta suspek membantu mengurut bahunya yang sakit akibat bermain futsal.

"Ketika sedang mengurut bahu mangsa, tiba-tiba tangan suspek telah turun ke paha mangsa sebelum kemudiannya menyeluk seluar mangsa," katanya dipetik laporan Sinar Harian, 26 April 2021.

Tambah beliau, mangsa telah menolak serta menepis tangan suspek beberapa kali dan suspek juga memberitahu tindakannya itu hanya sekejap sahaja.

Katanya lagi, suspek juga meminta mangsa tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu dan mangsa hanya mendiamkan diri kerana takut. - KitaReporters 


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested