Seni & Sukan 08 Apr, 2021

Berita Terkini| Budak 10 tahun jadi pelanggan nombor ekor! Polis serbu premis judi ekor haram!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Premis judi ekor haram yang pernah dikunjungi kanak-kanak berusia 10 tahun untuk beli nombor ekor ini diserbu oleh pihak berkuasa pada 8 April 2021. - Kredit foto: Utusan Malaysia 


Kanak-kanak berusia 10 tahun dilaporkan antara pelanggan premis judi ekor haram di Taman Samudera, Jalan Air Putih, Kemaman yang diserbu oleh pihak berkuasa kira-kira 12 tengah hari, 8 April 2021.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata kanak-kanak tersebut dikatakan membeli nombor ekor untuk bapanya di premis judi ekor haram yang berselindung di sebalik kedai menjual haiwan peliharaan itu.

"Serbuan dijalankan oleh sepasukan polis dan kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kemaman. Bekalan elektrik premis dipotong bagi hentikan segera kegiatan jual beli nombor ekor.

"Kegiatan judi ekor haram serta judi dalam talian di premis ini dikesan beroperasi sekitar tujuh bulan lalu. Meskipun tiga amaran telah diberikan sebelum ini, namun pemiliknya tetap berdegil," katanya yang dipetik oleh laporan Utusan Malaysia, pada 8 April 2021.

Ujar Hanyan lagi, sejak Januari lalu, tiga premis telah dikenakan tindakan sama mengikut Seksyen 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 di daerah Kemaman.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Jusman Ibrahim ketika berkata, pihaknya turut mengambil tindakan dengan membatalkan lesen perniagaan penjualan haiwan peliharaan serta-merta. - KitaReporters 

0
1
1
1
0
You will be interested