Seni & Sukan 10 Apr, 2021

Berita Terkini| Ramadan: Dilarang agih makanan terus kepada gelandangan! Beri di pusat transit

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sumbangan makanan kepada gelandangan sepanjang Ramadan hanya boleh dilakukan melalui pusat gelandangan. - Kredit foto: freemalaysiatoday.com


Semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan amal persendirian dilarang mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar ibu kota sepanjang Ramadan 2021 ini.

Menurut laporan Harian Metro pada 10 April 2021,  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media bertarikh 9 April 2021 memaklumkan kawal selia itu sebagai usaha mengekang penularan wabak Covid-19 selain elak pembaziran dan kekotoran.

"Agihan sumbangan makanan boleh dilakukan hanya melalui dua pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku.

"Selain itu, satu di pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit. DBKL dapati  banyak pihak agih makanan di lokasi 'hotspot' gelandangan, keadaan ini menganggu serta membuatkan pemilik premis rasa tidak selesa.

"Selain itu timbulkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL. Aktiviti pemberian makanan tentunya tidak dapat dikawal terutama ketika Ramadan," katanya.

Menurut DBKL lagi, orang ramai yang ingin menyumbang perlu hubungi talian 03-2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan jadualan agihan dan jika gagal patuhi arahan ditetapkan tindakan penguatkuasaan boleh dikenakan. - KitaReporters 

1
0
1
0
1
You will be interested