Seni & Sukan 31 May, 2021

Berita Terkini| Ziarah rakan pakai gelang merah muda! Tiga jururawat dikompaun RM4,000 seorang!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... Ketiga-tiga jururawat wanita hospital swasta didapati langgar SOP PKP sewaktu ke rumah rakan mereka yang pakai 'gelang pink' kerana menjalani kuarantin


TIGA jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah dikompaun RM4,000 seorang setelah didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata mereka yang berusia antara 34 hingga 45 tahun itu dikesan lakukan kesalahan sewaktu menyampaikan sumbangan kepada rakan mereka yang sedang jalani tempoh kuarantin di rumah.

“Polis mengesan melalui Facebook penama, pada jam 9.10 malam penama telah pergi ke rumah rakannya yang memakai ‘gelang pink’ (merah muda) di Kampung Pulau Tengah,  Sungai Petani bersama dua orang lagi kawannya yang juga bertugas sebagai jururawat.

“Hasil soal siasat berpandukan gambar yang tular dalam Facebook, didapati ketiga-tiga mereka ini tidak mematuhi SOP PKP. Tindakan kompaun dikeluarkan berjumlah RM4,000  seorang dan mereka hadir di balai polis,” katanya dipetik laporan Bernama, 31 Mei 2021.

Adzli berkata kompaun dikeluarkan terhadap ketiga-tiga jururawat berkenaan mengikut Peraturan 9 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempat Jangkitan) 2021 (Aktiviti Terlarang Nombor 1). KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
1
1
You will be interested