Gambar hiasan... Makan di restoran antara salah satu aktiviti dibenarkan Sabah sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara. Kredit foto: Malay Mail
Sabah benarkan
aktiviti makan di restoran, pengoperasian kedai gunting rambut serta beberapa kegiatan
lain bermula 29 Jun 2021 sempena pelaksanaan fasa pertama Pelan Pemulihan
Negara (PPN).
Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata lebih banyak sektor ekonomi serta sosial
dibuka dan perincian prosedur operasi standard (SOP) terbaharu negeri Sabah akan
dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Beberapa aktiviti dibenarkan termasuk makan dalam restoran dan restoran dalam premis hotel serta kedai gunting rambut. Gerai-gerai sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan raya juga dibenarkan beroperasi.
“Aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal juga dibenarkan. Malah, aktiviti pembuatan dan pengilangan turut diperluaskan kepada getah, simen dan cat, kilang berasaskan kayu serta perabot
“Bagaimanapun, sebahagian besar standard operasi prosedur (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikekalkan,” katanya yang dipetik laporan Utusan Malaysia pada Isnin, 28 Jun 2021.
Terdahulu,
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin umumkan pelaksanaan PKP 3.0 tidak
ditamatkan sebaliknya fasa pertama PPN akan diteruskan sehingga kes jangkitan
harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter