Gaya Hidup 28 Apr, 2021

Berita Terkini| Covid-19: Pengamal media terima vaksin Mei 2021! Senarai nama telah diterima KKM

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Pengamal media dijadualkan mula terima suntikan vaksin Covid-19 pada Mei 2021/


Pengamal-pengamal media yang bernaung di bawah Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) serta persatuan wartawan Sarawak dan Sabah akan mula menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Mei 2021. 

Perkembangan terbaharu itu diumumkan oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar perkembangan PICK bertempat di Putrajaya pada 28 April 2021. 

“Saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba sudah pun menerima senarai nama pengamal media berkenaan. Sukacita diumumkan kita akan mula vaksinasi kepada petugas media pada bulan Mei,” katanya. 

Media sebelum ini melaporkan kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19 namun perkara tersebut tertakluk kepada bekalan vaksin. 

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah juga sebelum ini dilaporkan turut memohon supaya pengamal media diberi keutamaan bagi fasa dua PICK. 

Beliau sendiri menangguh pengambilan vaksin untuk bersama-sama media terima suntikan. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

 

0
1
0
0
0
You will be interested

Video| Jom havoc! Pesta Kopi KL 4, 5 Dis! Konsert maya Blues Gang, Blues Valley Jam! 28 Dis 2021!

Pesta Kopi KL di Kasturi Walk, Pasar Seni di KL pada 4, 5 Dis 2021 dan konsert sempena ulang tahun ke-48 Blues Gang, Blues Valley Jam secara maya, 28 Dis 2021

Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Video! Macam nak tercabut pinggul! Fazley belajar gelek dangdut! Agar tak tersingkir dari GV8!

Untuk episod ketiga GV8, Fazley Yaakob diberikan lagu berjudul Yang Sedang-Sedang Saja. Selain perlu menyanyi secara dangdut, dia juga belajar berjoget dangdut
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 2 hours ago

Demi peminat setia! Nico G lancar barang eksklusif! Sempena penyertaan Gegar Vaganza musim 8!

Sempena penyertaan dalam program realiti, Gegar Vaganza 8, Nico G tak lepas peluang untuk kembali dekati peminat dengan cara lancarkan barangan eksklusif Nico G
News Editor 1 in Gaya Hidup 3 hours ago

Piala Emas Raja-raja kembali! Capai ulang tahun 100 tahun pada 2022! Piala Agong pembuka tirai!

Piala Malaysia yang masuki 100 tahun penganjuran pertandingannya, kejohanan bola sepak, Piala Emas Raja-raja turut akan cecah angka usia itu pada tahun 2022 ini
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya Hidup 6 hours ago

Covid-19: Terengganu catat 768 kes kematian! 77.5% (595) kes babitkan individu tidak divaksin!

Terengganu rekodkan 595 kes kematian berpunca daripada Covid-19 babitkan individu yang tidak pernah divaksin atau 77.5% daripada 768 kematian secara keseluruhan
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago