Seni & Sukan 10 Apr, 2021

Berita Terkini| Vaksin Covid-19! Sultan Selangor, Tengku Permaisuri dah lengkapkan dos kedua!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor selesai menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-10. Kredit foto: FB Selangor Royal Office


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman telah melengkapkan dos suntikan kedua vaksin Covid-19 di Hospital Shah Alam, pada 10 April 2021.

Turut menerima dos suntikan kedua ialah Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menurut kenyataan Selangor Royal Office bertarikh 10 April 2021, baginda berdua telah menerima suntikan dos pertama vaksin jenis Pfizer-BioNTech pada 20 Mac 2021 lalu.

Kenyataan turut memaklumkan, baginda berdua juga turut meminta semua rakyat jelata pelbagai peringkat umur agar mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 demi kesejahteraan dan kesihatan tanpa ragu-ragu.

“Beta menggesa rakyat segera mendaftar dalam aplikasi MySejahtera dan bersabar menanti giliran bagi dapatkan suntikan,” titah baginda. - KitaReporters

0
1
0
0
0
You will be interested