Gaya Hidup 06 May, 2021

Berita Terkini| Keluarga di Malaysia bazirkan RM2,500 setahun! Buang sisa makanan setiap hari!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Masyarakat perlu bijak mengurus penyediaan makanan seharian agar tidak berlaku pembaziran. - Kredit foto: inhabitat.com


SETIAP keluarga di Malaysia (purata isi rumah empat orang) secara puratanya membazirkan antara 500 hingga 800 gram sisa makanan setiap hari menyebabkan kerugian kira-kira RM210 sebulan dan RM2,500 setahun.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ismail Abd Muttalib berkata jenis sisa makanan paling banyak dibazirkan setiap keluarga ialah nasi serta roti.

“Masyarakat seharusnya bijak mengurus penyediaan makanan seharian supaya setiap hidangan makanan dapat dihabiskan tanpa perlu dibazirkan.

“Orang ramai digalakkan menggunakan semula lebihan makanan dalam resipi baharu, menderma dan bersedekah serta masak dalam kuantiti secukupnya untuk seisi keluarga tanpa perlu membazir,” katanya dipetik oleh Sinar Harian, 6 Mei 2021.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata menerusi Kempen Hargai Makanan, Elak Pembaziran dilaksanakan sejak tahun 2015 terdapat  enam strategi elak pembaziran makanan.

“Antaranya ialah buat senarai pembelian dan hidangan, simpan secara betul dan tersusun ikut tarikh luput serta guna bahan mudah rosak atau hampir tarikh luput terlebih dahulu.

“Sementara itu, janaan sisa pepejal di Malaysia sehari ialah 38,120 tan dan daripada jumlah itu sebanyak 44.5 peratus ialah sisa makanan yang bersamaan dengan 17,000 tan sehari,” ujarnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


 

 

 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Liga Super 2022: Sri Pahang teruskan momentum kemenangan! Penang kekal di kedudukan tercorot!

Sri Pahang FC teruskan rentak kemenangan apabila tundukkan Penang FC 3-2 dalam saingan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya, Georgetown. Penang kekal tercorot

ACL 2022: Kemaraan JDT tersekat! Tewas 0-5 pada pusingan kedua! Urawa Red Diamonds terlalu hebat!

Bekas juara sebanyak dua kali Urawa Red Diamonds dari Jepun terus mara ke suku akhir selepas catat kemenangan mudah ke atas JDT 5-0 pada pusingan kedua ACL 2022
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 8 hours ago

Video| Konsert tengah malam Havoc kembali! Kini lebih havoc! Sapu 3 negeri menjelang akhir tahun!

Havoc Event & Management anjur Havoc Midnight Concert & Food Festival. Mula di Shah Alam (3-4 Sept), kemudian ke Melaka (4-6 Nov), Johor Bahru (30-31 Dis 2022)
Fariza Saidin in Gaya Hidup 11 hours ago

Jadi perantara Keluarga Malaysia! Terima kasih PERKEBA! Prihatin kesulitan penduduk daerah Baling!

Pertubuhan Kebajikan Penduduk Baling (PERKEBA) ditubuhkan bagi bantu dan prihatin dengan apa sahaja masalah babitkan penduduk di daerah Baling - Jhangir Khan
Normala Hamzah in Gaya Hidup 14 hours ago

Man Jadda Wa Jada! Mohon batalkan bantuan zakat! Pendapatan jangka stabil! Kirim surat kepada LZS!

Seorang penerima zakat kirim sepucuk surat kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) minta bantuan asnaf kepadanya dihentikan selepas kewangannya akan kembali stabil
Fitri Hazim in Gaya Hidup 16 hours ago