Gaya Hidup 26 May, 2021

Berita Terkini| Terengganu kempen suntikan vaksin melalui khutbah Jumaat! Tingkat kesedaran! 

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@kitareporters.com

Share this

Gambar hiasan... Semua masjid di Terengganu akan gerakkan kempen kesedaran kepentingan vaksin Covid-19 melalui khutbah Jumaat bermula Jumaat ini. 


BAGI meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pengambilan vaksin Covid-19, kempen kesedaran akan dilakukan melalui khutbah Jumaat di semua masjid di Terengganu bermula minggu ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin berkata Jabatan Mufti negeri juga telah bersetuju bagi mengeluarkan fatwa termasuk hukum pengambilan vaksin Covid-19.

"MAIDAM tiada halangan untuk sama-sama membantu kerajaan dalam usaha memerangi penularan pandemik Covid-19. Kempen kesedaran akan dilaksanakan agar masyarakat dapatkan suntikan imunisasi Covid-19.

"Masjid di Terengganu akan gerakkan kempen kesedaran ini melalui khutbah Jumaat. Selain itu, imam dan bilal di semua masjid dan surau juga diminta uar-uarkan kempen suntikan vaksin Covid-19, sebelum dan selepas menyampaikan azan solat," katanya dipetik Harian Metro, 26 Mei 2021. 

Ahad  232 Mei 2021 lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pihak berkuasa agama negeri memainkan lebih peranan dengan perbanyakkan program kesedaran berhubung kepentingan pengambilan vaksin Covid-19 kepada masyarakat.  -KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Pelajar 12 tahun punyai nama unik! Nama penuh ABCDEF GHIJK Zuzu! Tapi panggil sahaja Adebz

Seorang pelajar berusia 12 tahun di Muara Enim, Sumatera Selatan punyai nama unik berdasarkan abjad. Namanya ABCDEF GHIJK Zuzu tapi lebih selesa dipanggil Adebz

Semut Api| Harimau Malaya hilang kuku, patah taring! Salah pemain naturalisasi, import atau FAM?

Semut Api muncul untuk gigit personaliti dan peminat sukan terutama mengenai isu-isu yang sedang diperkatakan. Gigitan Semut Api sekadar rasa gatal sikit-sikit
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 11 hours ago

Tinjauan terbaharu! Rakyat 40 hingga 59 tahun! 95% berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka!

Dalam tinjauan terbaharu yang dijalankan Anlene dalam kalangan berusia 40-59 tahun didapati 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka
Editor 1 in Gaya Hidup 14 hours ago

Video| Pertemuan syahdu SRK, Aryan! 20 minit di dalam penjara! Ikat jamin kali kedua ditolak!

Shah Rukh Khan (SRK) kunjungi Penjara Arthur Road, Mumbai untuk temui anaknya Aryan Khan yang ditahan di penjara itu. Pertemuan berlangsung dalam suasana syahdu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Konsert Rockestra Nostalgia! Tampilkan 6 artis rock otai! Ruhil Amani kembali beraksi!

Konsert Rockestra Nostalgia 30 Okt 2021 tampilkan artis legenda seperti Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Asheed (Def Gab C), Rahmad (Mega), Ito (Blues Gang)
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago