Gambar hiasan... Menyebar berita palsu adalah satu kesalahan
BERITA mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dilaksanakan di Kelantan bermula 14 hingga 21 April 2021 ini seperti yang tular dalam media sosial disahkan oleh pihak polis sebagai tidak benar.
Ketua Polis
Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata pihaknya kini sedang mengesan seorang
lelaki yang membuat rakaman audio suara berdurasi 3 minit 18 saat menerusi
aplikasi WhatsApps sehingga ia tular.
“Orang ramai
yang mengenali lelaki terbabit diminta salurkan maklumat. Polis dan Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia akan ambil tindakan tegas jika terdapat perlakuan
kesalahan mengikut peruntukan undang-undang
di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Maklumat
terkini keadaan dan arahan semasa dalam membendung penularan Covid-19 di negeri
ini (Kelantan) boleh dirujuk menerusi laman web Majlis Keselamatan Negara.
“Orang
ramai dinasihatkan tidak menularkan berita tidak benar tanpa merujuk kesahihannya
terlebih dahulu kepada pihak bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan media pada 14 April 2021. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporters