Seni & Sukan 06 Apr, 2021

Berita Terkini| Dua produk kosmetik dikesan beracun! Tidak lagi dibenarkan berada di pasaran!

@news editor 2
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Dua produk kosmetik keluaran Beautywise ini tidak dibenarkan lagi dijual susulan dikesan mengandungi bahan racun. - Kredit foto: FB KKM 


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti dua produk kosmetik keluaran Beautywise yang berada di pasaran dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua produk berkenaan adalah ‘Beautywise Rejuvenating Cream Hydroquinone dan Tretinoin' serta Beautywise Rejuvenating Toner Hydroquinone dan Tretinoin'.

“KKM menerusi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengesan bahan racun berjadual dalam produk tersebut. Notifikasi produk kosmetik terbabit sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM.

"Produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Pengunaan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Penjualan dan pengedaran produk terbabit telah diminta dihentikan serta merta," katanya dalam satu kenyataan pada 6 April 2021.

Tambah beliau, pengguna yang menggunakan produk kosmetik berkenaan dinasihatkan segera berhenti dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan sampingan. - KitaReporters

2
2
0
0
2
You will be interested