Gambar hiasan... Pengunjung bazar Ramadan perlu budayakan amalan bawa bekas makanan sendiri untuk beli juadah.
ORANG ramai yang berkunjung ke bazar Ramadan disaran membudayakan amalan membawa bekas makanan dan minuman sendiri serta beg yang dapat digunakan semula untuk membeli juadah berbuka puasa.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment), Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, budaya itu dapat kurangkan sisa yang dijana termasuklah sisa plastik, sekali gus antara elemen kempen kesedaran 3R (Reduce, Reuse, Recycle).
“Peningkatan penggunaan sisa plastik bungkusan makanan sepanjang Ramadan dikhuatiri membawa kesan kepada pencemaran alam sekitar secara berterusan.
“Jadi, sudah tiba masanya kita mewujudkan budaya baharu iaitu ‘tapau’ juadah berbuka puasa menggunakan bekas yang dibawa sendiri,"katanya dipetik oleh Bernama, 26 April 2021.
Tambah beliau, masyarakat diharapkan lebih menghargai makanan dengan hanya membeli juadah mengikut keperluan selain tidak terus membuang makanan lebihan sebaliknya. diberikan kepada pihak yang memerlukan. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter