Gambar hiasan... Sekolah di Kelantan yang dikenakan pelaksanaan PKP dilanjutkan penutupannya hingga Aidilfitri. - Kredit foto: Malaysiakini
PENUTUPAN sekolah di daerah yang dikuatkuasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
di Kelantan yang sebelum ini dilanjutkan sehingga 1 Mei 2021 kini dilanjutkan
lagi hingga Aidilfitri depan.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Zulkernai Fauzi berkata ia membabitkan sebanyak 596 sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
“KPM membuat ketetapan bahawa semua sekolah di negeri Kelantan akan ditutup mulai 3 Mei 2021 sehingga cuti Aidilfitri. Pada 16 hingga 27 Mei 2021, sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
"Manakala, semua sekolah akan bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun 2021 dan dibuka semula pada 13 Jun 2021.
“Kerjasama semua pegawai pendidikan daerah dipohon bagi pastikan guru laksanakan PdPR dalam tempoh penutupan sekolah. Selain itu, pemantauan di semua sekolah perlu dilakukan bagi memastikan prosedur operasi standard berkaitan dipatuhi,“ katanya dipetik oleh Harian Metro, 30 April 2021,
Sementara
itu, media sebelum ini melaporkan penutupan semua sekolah dilanjutkan hingga
1 Mei bagi membendung penularan Covid-19. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter